Klasifikasi tenor Tenor

Walaupun lingkungan suara adalah ciri utama untuk seseorang diiktiraf sebagai penyanyi tenor, namun ia bukan semudah itu sahaja. Seorang tenor sebenarnya dipilih dari beberapa faktor dari corak vokal termasuklah dari lingkungan suara, kualiti nada, cara kenaikan vokal (untuk naik ke nota tinggi) dan tahap penukaran suara (passaggio) di dalam lingkungan suara mereka.

Untuk pemilihan tenor koir yang kurang profesional pula, mereka biasanya dipilih berdasarkan suara yang lebih bergetar / nyaring dan mempunyai jalinan atau corak suara (tessitura) yang baik.